Kapal Selam Scorpene Tentera Laut Malaysia Yang Digeruni



Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman aset pertahanan strategik yang menjadi harapan dan kebanggaan negara.

Kapal selam aset strategik TLDM


TARIKH 3 September 2009 bukan sahaja hari bersejarah kepada negara tetapi detik tersebut akan kekal diingati khususnya oleh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana ia menandakan Malaysia tergolong sebagai negara elit apabila secara rasmi mengoperasikan aset pertahanan strategik iaitu kapal selam.

Mulai detik itu Malaysia mengikut jejak Indonesia dan Singapura yang terlebih dahulu mengoperasikan kapal selam di rantau ini apabila aset strategik yang dibeli dari Perancis, KD Tunku Abdul Rahman mula mencurah bakti menjaga perairan negara sebelum diikuti kehadiran KD Tun Abdul Razak kira-kira enam bulan kemudian.

Kapal selam penyerang SSK


Namun berbeza dengan kapal selam yang dioperasikan Indonesia mahu pun Singapura, kapal selam kelas Perdana Menteri itu mempunyai kemampuan jauh lebih tinggi sehingga Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyifatkan ia umpama kereta Ferari di dalam kategori kapal selam penyerang (SSK).

Sudah baca? Fakta pelik tapi benar


Kapal Selam Scorpene Tentera Laut Malaysia Yang Digeruni

Kapal selam peluru Exocet SM39


Hakikat itu terbukti benar, apabila KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dalam beberapa siri latihan bukan sahaja terlalu sukar untuk dikesan oleh musuh tetapi berjaya melancarkan peluru berpandu Exocet SM39 dari kedalaman 55 meter sebelum tepat mengenai sasaran yang berada pada jarak 40 kilometer.

Sasaran sejauh 40 kilometer


Kemampuan menembak peluru berpandu seperti itu tiada pada kapal selam milik Indonesia mahu pun Singapura dan teruja dengan keupayaan aset strategik tersebut.
Wartawan S2, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar, ASWAD YAHYA berkongsi pengalaman selepas diberikan peluang melihat kecanggihan kapal selam negara di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah baru-baru ini.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama