Golf TSI Volkswagen Lebih Ringan Generasi Ke Tujuh

Golf Volkswagen Lebih Ringan 


Kenderaan jenama Volkswagen diantara model kereta bagi generasi ketujuh ini tampil dengan beberapa ciri serta kelebihan yang luar biasa.

Kenderaan terkemuka jerman yang dikenali dengan jenama Volkswagen telah memperkenalkan model terbaru iaitu Golf melalui generasi ketujuhnya dengan menawarkan beberapa kelebihan dan telah dinaik taraf ke prestasi yang lebih dipertingkatkan.

Berat sebanyak 99.8 kilogram


Golf model terbaru itu hadir dengan berat lebih ringan sebanyak 99.8 kilogram selain masih mementingkan ciri keselamatan yang terbaik.


140 kuasa kuda hp


Ia juga dijanakan enjin yang terkenal dengan jimat minyak iaitu 1.4 TSI apabila menghamburkan 140 kuasa kuda (hp) selepas diperkenalkan pada peringkat global,baru-baru ini.

Volkswagen TSI model baru 


Model terbaru itu tampil dengan bentuk yang sedikit panjang k 0.056 meter dan lebih rendah serta lebar.

Selain itu,ia tampil dengan ruang dalaman yang lebih luas berbanding model lama sekaligus memberi keselesaan kepada penumpangnya.

Golf turut dipadankan dengan sistem hiburan yang ditingkatkan apabila menawarkan skrin sesentuh bersaiz lima inci dan pada varian tertinggi dilengkapkan dengan navigasi lapan inci.

Spesifikasi golf volkswagen


ENJIN : 1.4 TSI
KUASA MAKSIMUM : 140 hp
CIRI-CIRI TERBARU : Skrin sesentuh lima 
inci atau navigasi 
lapan inci

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Terbaru Lebih lama