ANGKAT BERAT bukan sekadar sukan ahli bina badan atau membina otot untuk nampak lebih gagah atau sado yang menjadi pilihan orang lelaki sejak kebelakangan ini, membentuk disetiap sisi otot-otot untuk nampak lebih sasa dan tegap bagi setiap individu itu tersendiri .

Namun ramai dikalangan kita masih tidak tahu rahsia di sebalik angkat berat ini, dengan aktiviti ini ianya mampu membantu korang dalam mengurangkan ketagihan sebagai seorang perokok, merokok terutamanya biasanya akan dikaitkan kepada golongan lelaki majoritinya kepada individu yang mengamalkannya sebagai perokok tegar.

Angkat berat kurangkan ketagih merokok

Kajian serta penyelidikan yang dibuat oleh The Miriam Hospital dari luar negara Amerika Syarikat, telah mendapati bahawa orang lelaki dan wanita yang sering mengamalkan latihan seperti megangkat berat secara rutin  akan lebih mudah untuk meninggalkan tabiat dari merokok mereka berbeza pada perokok yang tidak melakukan aktiviti angkat berat.


Dalam terbitan jurnal Nicotine & Tobacca for Research, dimana kajian yang telah diketuai oleh Doktor.Joseph Ciccodo penyelidikan dibuat dengan mengunakan 25 orang sebagai perokok lelaki dan juga wanita yang telah berusia dalam lingkungan 18 hingga 65 tahun untuk dijadikan sebagai sampel dalam kajian oleh Dr.joseph. individu lelaki dan wanita itu telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi untuk mendapatkan hasil kajian tersebut

Bagi kumpulan pertama dimana kajian dikehendaki untuk melakukan latihan senaman seperti megangkat berat selama tempoh satu jam dalam tempoh untuk 3 bulan dan manakala bagi kumpulan yang kedua kumpulan itu hanya perlu menonton video berkaitan dengan kesihatan sebanyak 2 kali dalam tempoh bagi 1 minggu.

Hasil dari kajian tersebut mendapati kumpulan pertama yang melakukan senaman angkat berat bukan sahaja mengalami penurunan berat badan dan pengurangan lemak pada dalam tubuh tetapi juga turut berhenti dari tabiat ketagihan merokok.

Bagi kumpulan yang kedua pula mereka tidak lagi menunjukkan sebarang perbezaan dan perubahan dan masih kekal dengan tabiat merokok mereka.

Semoga perkongsian tips ini dapat memberi manfaat buat korang yang masih lagi merokok niat untuk berhenti merokok, korang boleh cuba melakukan aktiviti angkat berat selama 3 bulan korang boleh lihat perbezaannya selepas 3 bulan..selamat mencuba. 

Maklum Balas

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama