Cara buat button share facebook
Cara buat button share facebook

Button share facebook penting untuk tambah trafik blog


Halaman blog atau website tidak lengkap rasanya kalau korang tidak meletakkan button share facebook selain dari itu terdapat beberapa jenis butang facebook button seperti follow, subscribe dan like laman sosial lain seperti twitter, instagram, pinterest dan sebagainya berbagai platform dan punyai ciri-ciri serta fungsi kelebihan yang tersendiri.

Hapir 1.80 billion pengguna yang mempunyai akaun facebook sendiri secara aktif sebagai platform alternatif untuk digunakan oleh para blogger sebagai menambah aliran kemasukkan trafik ke blog korang pada masa yang sama dapat meningkatkan pengunjung serta prestasi pagerank. Setiap kali korang update artikel yang baru pasti korang akan promosikan blog korang ke laman-laman sosial, bagi tujuan untuk menjual produk atau sebagainya dalam masa yang sama akan meningkatkan aliran trafik dan mudah untuk orang mengenali produk dan jenama kita, dengan mengunakan tips serta menerapkan kamahiran dengan teknik button share facebook dalam blog yang betul korang mampu untuk duduk setanding dengan blogger-blogger yang hebat.


Walaubagaimanapun yang penting berkaitan button share facebook web sosial facebook ini dapat memudahkan pengunjung untuk berkongsi artikel yang disukai mereka kepada rakan serta kenalan lain di facebook dengan hanya menekan tombol share button yang korang buat tu. Ok tanpa panjang lebar lagi saya kongsikan bagaimana nak pasang button share facebook.

Pasang button share facebook cara yang senang


Langkah pertama sekali korang login terlebih dahulu ke blogger.com dan diikuti demgan langkah seterusnya dibawah step dia simple mudah sahaja.

1.sebelum tu korang backup terlebih dahulu Layout/Template pada blog bagaimana nak backup template caranya ada disini. Sebab korang perlu backup template fungsinya untuk mengelak terjadinya error/ralat pada template blog yang mengakibat kesan buruk terhadap keseluruhan blog yang tidak dapat dibaiki berlaku.

*Untuk cara kedua korang juga boleh gunakan notepad dengan copy all script HTML template blog korang.

2.Ok untuk langkah seterusnya korang pergi ke Layout blog selepas itu pergi ke Edit HTML.

Layout >> Edit HTML 

3. Kemudian korang tekan kotak Expend Widget Template. Halaman korang akan automatik akan di refresh.

4. Seterusnya korang cari kod dibawah ini: cara mudah kalau korang nak cari kod bawah ni gunakan teknik ( ctrl+F ) 

<data:post.body/>

5. Seterusnya korang salin ( copy ) kod dibawah ini :

_____starting coding tehokaw.com____

<!-- Facebook Button -->
<div style='float: left; padding: 5px; '>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='TYPE OF BUTTON'/>
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/>
</div>
<!-- Facebook Button -->

_______ending coding tehokaw.com_____

Langkah seterusnya korang Ikut step di bawah...

Bagaimana jika korang ingin meletakkan Button Share korang tu pada bahagian di sebelah atas ok korang tengok cara pasang contoh dibawah :

___starting coding tehokaw.com____

<!-- Facebook Button -->
<div style='float: left; padding: 5px; '>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='TYPE OF BUTTON'/>
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/>
</div>
<!-- Facebook Button -->
<data:post.body/>

____ending coding tehokaw.com___


Untuk perletakkan di bahagian bawah pula korang tengok contoh dibawah: korang perlu ubah kedudukan ikut citarasa kesesuaian korang

<data:post.body/> pada bahagian ATAS atau BAWAH

<data:post.body/>
<!-- Facebook Button -->
<div style='float: left; padding: 5px; '>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='TYPE OF BUTTON'/>
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/>
</div>
<!-- Facebook Button -->

Ok ada beberapa sample icon button share facebook boleh korang pilih mengikut selera dan minat bentuk icon cara menukar Button Share facebook korang seperti di bawah: 

Apa yang korang perlukan adalah dengan menggantikan " TYPE OF BUTTON " berwarna merah daripada kod di atas dengan kod seperti di bawah

Beberapa jenis icon button facebook yang dicadangkan untuk korang gunakan seperti di bawah :

cara buat button share facebook
( atas Gambar hiasan )

Jenis ( button)
button share facebook

Jenis ( button_count ) 
button share facebook

Jenis ( box_count ) 
button share facebook
Button facebook box count


6. Selepas kesemua step telah korang buat dengan betul korang preview/pratonton dulu tengok kalau ok berhasil dah ok baru korang boleh Save/simpan Template.

Semoga perkongsian ini dapat membantu korang dalam penyelesaian masalah berkaitan penambahan button share facebook yang benar-benar menjadi, selamat mencuba blog tutorial dan memberi manfaat buat korang semua.

Post a Comment

Ada sebarang soalan berkaitan halaman atau cadangan, sebarang bentuk penulisan serta komen adalah dibawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri tertakluk pada Akta 588 SKMM

Lebih baharu Lebih lama